SEJARAH PEMBINAAN SURAU IBNU UMAR
Solat Hajat SPM 2017
Surau Ibnu Umar siap dibina pada tahun 2002.Ianya merupakan institusi yang amat penting di sekolah ini untuk pendidikan para pelajar khususnya untuk aktiviti amali bagi Pendidikan Islam. SMK. Agama Lati menggunakan surau secara optimum khususnya untuk aktiviti solat secara berjemaah khususnya pelajar asrama. Memandangkan surau yang sedia ada tidak dapat menampung kapasiti murid yang ramai serta keadaan fizikal yang agak uzur maka usaha dilakukan oleh pihak pentadbiran untuk mendapatkan peruntukan bagi menambah keluasan surau. Alhamdulillah masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah mendapat perhatian JPP Kelantan dan akhirnya peruntukan disalurkan untuk memperluaskan surau tersebut.
Pada tahun 2017,surau tersebut telah dibaik pulih akibat berlaku kebocoran atap.
Rentetan daripada itu deretan aktiviti telah dijalankan di surau Ibnu Umar seperti Smart Solat, Kursus Imam dan Bilal, Kursus Jawi, kursus pengurusan jenazah, solat berjemaah, usrah, solat dhuha dan tazkirah dhuha,PdP, sambutan M’al Hijrah, Sambutan Isra” dan Mi’raj, program solat hajat dan sebagainya.
Gambar Aktiviti
Solat Hajat Awal Persekolahan 2018
Solat Hajat Perdana PT3 (29 Sep 2018)
Solat Hajat Perdana PT3 (29 Sep 2018)
A. KONSEP SURAU SEKOLAH
1. Pengenalan
Surau sekolah merupakan syiar Islam di sekolah.
Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat untuk melaksanakan ibadat solat
semata-mata sama ada secara individu atau berjamaah tetapi ia berfungsi sebagai
pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah. Pengurusan surau yang sistematik
dan berkualiti dengan pelbagai program yang telah diatur dan dilaksanakan akan
dapat melahirkan golongan pelajar yang memahami dan menghayati Islam secara
syumul dalam kehidupan seharian.
2. Rasional
2.1 Surau
adalah syiar dan imej Islam di sekolah yang perlu diberi perhatian.
2.2 Menggerakkan
aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan.
2.3
Pelajar-pelajar kurang berminat dan tidak suka berada di surau malah
mereka
tidak memanfaatkan setiap detik masa ketika berada di surau
2.4 Terdapat surau yang tidak diurus dengan
efisyen dan sistematik
sehinggakan
ia kelihatan terbiar, lesu dan tidak terurus.
2.5 Penglibatan
warga sekolah terhadap aktiviti surau tidak menyeluruh.
3. Visi
Pusat ilmu membina modal insan berkualiti dunia akhirat
4. Misi
Merealisasikan fungsi surau sekolah sebagai pelengkap
pembelajaran memupuk nurani menuju keredhaan Ilahi
5. Objektif
5.1 Mengimarahkan
surau dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang menarik
dan
berkesan.
5.2 Melaksanakan
pengurusan surau dengan efisyen dan sistematik
5.3 Memupuk minta
dan tabiat pelajar supaya rajin berada di surau dan
memanfaatkan
masa sebaik-baiknya
5.4 Melatih
pelajar dengan kepimpinan dan syaksiyyah Islamiah yang unggul
5.5 Membantu
pelajar menyelesaikan permasalahan keagamaan dan isu-isu
semasa
5.6 Mewujudkan
surau mithali yang menekankan kepada budaya ilmu dan
pembinaan insan
6. Piagam
Pelanggan
Pihak
pengurusan surau beriltizam untuk menjadikan surau sebagai :
6.1 Pengurusan
yang bersistematik dan berkualiti dalam mengadakan aktiviti
keagamaan.
6.2 Surau mithali yang menekankan budaya ilmu
dan pembinaan modal insan.
6.3 Memastikan
surau sebagai satu tempat ibadat yang kondusif dan selesa.
6.4 Memastikan semua pelajar muslim
memperolehi ilmu fardhu ain yang sempurna.
6.5 Memaksimumkan pengggunaan surau untuk
pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
6.6 Menyediakan kemudahan yang diperlukan
oleh para pelajar dalam membina modal insan yang sempurna.